Saturday, February 11, 2006

Semuga TerhibuR

Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami :: Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?


Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.


Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?

Lawak 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.

Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Lawak 4
Dalam kebun ada bermacam buah, tiba2 kebun tu terbakar; semua buah2an musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. buah cempedak = diluar pagar

2. buah keranji = didalam perahu,dah dibawa belayar... jgn marah haaaa....

Lawak 5
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..

(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Lawak 6
Jangan Minum dan Memandu

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.

So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK

PEGI MANA MALAM SEMALAM?"

Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"

Po mpuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN

HOUSEMATE SAYA."

So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam

tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.

Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Lawak 7
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin:????????

Lawak 8
Se orang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah melukai jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Lawak 10
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga:

Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Saturday, February 04, 2006

iLuSi ...

Image hosting by Photobucket

Ce korang tgk kt titik hitam kt tgh tu, jgn kelip2... tgk kaler2 tepi2 dier tu akan ilang...

INTEReSTING!!!!

NUmbO TePon MaGiC tRicK

1. Ambik kalkulator
2. Memula masukkan 3 numbo awal hp korang (bukan area kod.. cth 019253... -253 tu)
3. darab 80
4. tambah 1
5. darab 250
6. tambah 4 numbo terakhir hp korang
7. tambah 4 numbo terakhir hp korang sekali lagi
8. tolak 250
9. Bahagi 2 plak

NAH AMBIK NUMBO HP KORANG... lalalal~

Sunday, July 03, 2005

Towel or Dog??



"baik aku nyamar jadi tuala... leh ikut tuan aku masuk bilik ayor... hehehe"

Saturday, July 02, 2005

LAwak?

Masa : 8.30 Pagi>>Tempat : Kelas Tkn 6 Melur>>
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu.
Cikgu Sahabmeminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandanganmasing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"


Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasatsaya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelamkabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian BinAhmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd.Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya merekaamat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ????!! isk isk isk....

Friday, July 01, 2005

Isk... arghhh...... uhhh!!


isk isk isk.... ulat sampah ke hape tu?? Posted by Hello

Kenape L.O.T.R????????

hehehe... maaflaaa kat sume... biar apepun aku ubah kat blog nih, yg pasti aku takkan ubah banner Lord of the Rings kat atas tu... ntahlah... suke sgt aku cite tu la... isk... bg aku cite apepun tk dpt mengalahkan cite tu... fahamilah aku.. ape aku ngaruts nihs..

Tuesday, May 31, 2005

Cramah skit pasal jodoh...


Memanglah kite biase dengar "jodoh , ajal & maut ditangan tuhan... " .. tp kite kenelah berusaha sendiri untuk mencari dan memilih jodoh yg betul2 serasi ngan kite... seperti yg biase kite dengar, Allah takkan mengubah nasib seseorg itu melainkan dier sendri yg berusaha mengubahnya..... pasal jodoh, takkanla kite goyang kaki jer(bagi yg lelaki), tibe2 dapat bini... perempuan lainlah, mungkin org dtg rumah meminang ye tak?? heh... kat bwh nih common practice org kite... :-

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.


3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.


Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Kencing Punye crite...

Ada sorang budak 12 tahun ni sudah kantoi la pulak dgn guard apabila cubaan 'kencing' @ buang air kecik kat dlm kolam renang.... guard tu pun menghampiri budak tu..

guard : eh budak!! mane boleh kencing dalam kolam renang ni...

budak : ish... pakcik nih.... yg pakcik nampak sy sorang je!! brape ramai org senyap2 kencing dlm kolam renang nih!! pakcik tak tau ker??

guard : itu pakcik tau la... takkan pakcik tak tau...

budak : abistu knape pakcik marah saya saja??

guard : kamu nak kencing kencinglah... tp janganlah dari papan loncat ni!

Monday, May 30, 2005

Funny...


errmmm.... camne nak buat nih... Posted by Hello

Teka teki minggu ini...

1) antara motor dan kereta, mana yang lebih tua, dan kenapa? jawapan : motor pasal ader tongkat.

2) gajah terbang dengan ape? jawapan : dengan susah payah.

3) nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? jawapan : tahi hidung.

4) saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? jawapan : pembohong.

5) kenape orang baru bercinta suka meraba-raba? jawapan : sebab cinta itu buta.


ni aku nak tambah satu teka teki yg baru aku dpt mase borak ngan kwn aku pagi td.... nampak bodoh gilerr... hehehe... tp boleylaa....

6) dalam byk2 bola, bola ape yg mengulas? jawapan: Hasbolah Awang....
papentah!!